Menu
Dialek bahasa Korea Kawasan dialekKorea merupakan sebuah negara pergunungan, dan ini boleh menjadi sebab utama mengapa bahasa Korea dibahagikan kepada beberapa dialek tempatan yang kecil. Shinpei Ogura, seorang ahli bahasa yang belajar Bahasa Korea pada tahun 1944. Beliau telah menemukan kawasan dialek-dialek bahasa Korea yang ada. Diantaranya;
Hamgyŏng (Timur Laut)Dituturkan di wilayah Hamgyŏng (Kwanbuk dan Kwannam), di utara wilayah Pyongan dan diwilayah Ryanggang di Korea Utara. Juga, dialek ini dituturkan di utara China, Rusia, Uzbekistan, Kazakhstan dari Soviet. Sembilan vokal: lapan daripada bahasa standard tambah ö.Pyongan (Barat Laut)Dituturkan di Pyongyang, wilayah Pyongan, wilayah Chagang dan di Liaoning, China. Asas bahasa standard untuk Korea Utara.Dialek SentralBiasanya dibahagikan sepanjang sempadan wilayah;Beberapa ahli bahasa telah mencadangkan bahawa kawasan dialek selanjutnya harus dipisahkan daripada dialek Timur Laut;[6]
RyukchinDituturkan di wilayah sejarah Yukchin yang terletak di bahagian utara Wilayah Hamgyong Utara, jauh dari P'yŏng'an, tetapi mempunyai lebih banyak persamaan dengan dialek P'yŏng'an berbanding dengan dialek Hamgyŏng di sekelilingnya.[4] Memandangkan ia telah diasingkan daripada perubahan besar bahasa Korea, ia telah mengekalkan ciri-ciri bahasa Korea itu sendiri. Ia adalah satu-satunya bahasa Korea tonal yang diketahui.[7]Analisis statistik baru-baru ini bagi dialek ini menunjukkan bahawa struktur hierarki dalam dialek ini adalah sangat tidak pasti, bermakna tiada bukti kuantitatif untuk menyokong hubungan seperti pokok keluarga di kalangan mereka.[8]
Beberapa pengkaji mengklasifikasikan dialek Korea dalam dialek Barat dan Timur. Berbanding dengan Korea Tengah, dialek Barat telah mengekalkan vokal panjang, manakala dialek Timur mengekalkan nada atau loghat nada. [9] Bahasa Jeju dan beberapa dialek di Korea Utara tidak membezakan antara panjang atau nada vokal. Tetapi dialek Tenggara dan dialek Timur Laut mungkin tidak berkait rapat antara satu sama lain secara genealogi.
Menu
Dialek bahasa Korea Kawasan dialekBerkaitan
Dialek Dialek bahasa Jepun Dialek bahasa Norway Dialek bahasa Korea Dialek Tokyo Dialektika Dialek Yorkshire Dialek Hakata Dialek Ningbo Dialek HichikuRujukan
WikiPedia: Dialek bahasa Korea http://trs.library.nenu.edu.cn/pub/dbmssjk/cxz/mzw... https://www.youtube.com/watch?v=vGftYZiEw-Q&t=1s